Gambar sekadar hiasan (foto google)
Pawang Ali Sabar
Bapa
saya seorang yang pendiam tapi mempunyai sedikit kebolehan mengubati orang yang
terkena rasuk atau yang terkena gangguan makhluk halus, mungkin ilmu yang diwarisi
dari bapa angkatnya sebab setahu saya, bapa angkatnya (datok angkat saya Ali
Sabar) terkenal dengan gelaran Pawang Ali Sabar
.
Saya
masih ingat lagi, satu malam ada orang datang menjemput bapa saya, minta tolong
untuk mengubati isterinya yang tidak sedarkan diri, bapa dan ibu saya pergi ke rumahnya
yang tidak jauh dari rumah saya, tidak sampai setengah batu.
Bila
kami tiba di rumah itu, apa yang saya lihat adalah, sekujur tubuh yang tidak
sedarkan diri dikelilinggi oleh anak-anaknya, bapa saya membaca sesuatu pada
kemenyan yang dibawanya dari rumah, kemudian dikunyah-kunyah kemenyan itu
sambil membaca sesuatu, kemudian disemburkan ke tubuh orang yang tidak sedarkan
diri itu.
Alangkah
terkejutnya saya, tubuh yang tadinya tidak sedarkan diri, meraung sekuat
hatinya, bapa saya memegang kepalanya manakala ibu saya memegang kakinya,
suaminya memegang tangan, kerana dia meronta-ronta terlalu kuat.
Saya
berada di belakang ibu sambil memeluk kerana ketakutan yang amat sangat, saya
lihat bapa membaca sesuatu, kemudian dihembuskan ke tubuh orang itu. Tubuh
orang itu semakin lemah kemudian dia sedar dan bangun terpinga-pinga, serta kehairanan
kenapa ramai orang disekelilingnya.
Suaminya
memberi tahu isterinya yang masih kebingunggan, bahawa dia tidak sedarkan diri
semasa hendak pergi ke telaga untuk mengambil air. Barulah isterinya teringat
dan menceritakan kepada bapa, kenapa jadi begitu.
Semasa
dia pergi ke telaga tadi, dia ditegur oleh seseorang, tapi orangnya tidak
kelihatan dia hanya dapat mengecam suara itu seperti suara suaminya, bila dia
menoleh kebelakang alangkah terkejutnya, bila melihat satu lembaga besar
memeluknya, dia mejerit sekuat hati dan tidak tahu apa yang berlaku selepas
itu. Seram sejuk saya mendengarnya, mereka bercakap dalam bahasa jawa yang
pekat.
Setelah
selesai bapa dan ibu saya minta diri untuk pulang ke rumah, dengan cepat saya
melompat di belakang bapa saya, minta dukong tidak mahu berjalan kerana takut.
Masa itu umur saya lebih kurang 3-4 tahun lebih kurang.
Dalam
perjalanan pulang, yang gelap gelita, cuma menggunakan pelita minyak tanah
sahaja, yang kadang-kadang hampir padam bila ditiup angin. Saya tetap berpaut
di belakang bapa saya, hingga sampai ke rumah.
Masa
tidur pun saya tidak mahu berenggang dengan bapa saya, sebab teringat cerita
orang tadi, ibu saya memarahi saya kerana banyak ragam, ibu saya sedang sarat
mengandung anak yang ke tiga. Itulah peritiwa yang saya masih ingat hingga
sekarang, masa menulis catatan ini pun meremang bulu tengkok saya, seram…
Anda tidak perlu menjadi cantik semata-mata
untuk disayangi kerana kehebatan anda di ranjang akan menjadikan anda sentiasa
'dirindui' suami anda??? Dapat ebook disini.
alamakk serammm plakkk
ReplyDelete