Monday, October 3, 2016

Aktiviti Ahli Blok 8.



Aktiviti blok 8 pada 2 okt 2016 telah di jalankan bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 10.30 pagi untuk kebersihan kawasan blok 8. Walaupun kehadiran ahli tidak seramai seperti yang sepatutnya iaitu dari 19 buah runah hanya 9 orang yang hadir dalam program gotong royong tersebut.


Di harapkan untuk hari mendatang kehadiran ahli akan bertambah dari peneroka / penerokawati dan adalah lebih baik jika belia / beliawanis blok 8 dapat turut serta dalam pelbagai program yang dianjurkan oleh blok 8 demi menceriakan suasana kemasyarakatan dan kemesraan antara ahli.


Terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli-ahli yang setia hadir dalam pelbagai program dan sudi meluangkan masa demi kebaikkan dan mengharumkan blok 8, semoga semua ahli hidup dalam lindungan Ilahi dan sentiasa harmoni.


Walaupun kehadiran tidak seberapa tapi kelihatan ceria di wajah mereka, dengan sedikit jamuan sumbangan ketua wanita untuk sarapan selepas kerja. Kami bersyukur dan berterima kasih kepada insan yang sudi serta sanggup bersusah payah untuk menyediakan jamuan, semoga rezekinya melimpah ruah. Amin.

No comments:

Post a Comment