Tarikh: 20/2/2012
/ Bil. (5)
Tempat: Rumah
Ketua Blok No:169
Masa: 3.30
Petang
KEHADIRAN
1. Paizusakri
Bin Jidin Ketua
Blok/Pengerusi
2. Dalma Bin
Harun Ahli
3. Wahab Bin
Daud Ahli
4. Abu Hashan Bin
Harun Ahli
5. Sharif Bin
Ahmad Timbalan
Ketua Blok
6. Che Zabidi
Bin Che Mok Ahli
7. Siti Liah
Binti Hamid Ahli
8. Siti Hasnah
Binti Hamid Ahli
9. Rahmah Binti
Yob Ahli
10. Hajah Siti
Fatimah Binti Khamis Ahli
11. Nor Hasyima
Binti Zakaria Ahli
12. Siti Mariah
Binti Ibrahim@Muhammad Ahli
13. Umi Kalsum
Binti Mat Jusi Ahli
14. Hasnah Binti
Hamid Ahli
16. Noraidzan
Binti Raof Ahli
17. Salasiah
Binti Marawi Ahli
18. Noor Asiah
Binti Alang Yusof Ahli
19. Nor Aziah
Binti Manas Ketua
Wanita
20. Tn. Imam Mohd
Basri Bin Awang Bong Ahli
(Penasihat)
21. Rokiah Binti
Ramli Ahli
22. Haji
Jamaludin Bin Awang Ahli
23. Mohd. Nor Bin
Saribun Setiausaha
TURUT HADIR
1. Totor Bin
Sanwikarto Pengurus
2. Munirah
Binti Mustafar SDA
3. Mohd. Shafiq
Bin Mohd. Khanfi Pegawai
TIDAK HADIR
1. Awang Bin
Zainun Ahli
2. Zulkifli Bin
Ishhak Bendahari
3. Rabitah
Binti Manaf Ahli
4. Siti Fatimah
Binti Ahmad Ahli
5. Che Majid
Bin Taib Ahli
1. NOTA KHAS PENGERUSI (EN. PAIZUSAKRI BIN
JIDIN)
1.1. Pengerusi
memulakan salam dan mengajak semua ahli yang hadir membaca surah Al-Fatihah supaya
majlis mendapat keberkatan. Beliau seterusnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua yang hadir pada mesyuarat kali ini. Beliau juga menyeru agar semua ahli
memberi kerja sama dan sokongan yang padu untuk membina keharmonian dan
kesejahteraan antara ahli demi kebaikan bersama.
1.2. Tanda Nama Rumah
Antara
lain beliau menyentuh tentang tanaman bunga dan tanda nama setiap rumah yang
perlu di siapkan secepat mungkin. Kata beliau ahli blok masih mempunyai masa
untuk menyiapkannya, kerana pihak pengurusan telah menetapkan supaya setiap
rumah mempunyai tanda nama dan tanaman bunga yang teratur
1.3. Pelajaran Anak Ahli
Beliau menambah, pelajaran
amat penting untuk membina kejayaan seterusnya menjadi insan yang cemerlang di
masa hadapan, supaya tidak ketinggalan dalam bidang tersebut ibu bapa di
sarankan agar mengambil berat tentang pelajaran anak-anak. Felda telah
menyediakan kelas-kelas tambahan untuk anak-anak peneroka secara percuma, jadi,
ibu bapa hendaklah mengambil peluang tersebut.
1.4. Membina Sepandok
Kata
beliau lagi, pada hari Rabu 22/2/2012 semua ahli blok di minta hadir ke rumah
ketua blok untuk membuat satu sepandok secara gotong royong kerana sepandok
akan digunakan semasa majlis Maulidul Rasul yang akan di adakan di masjid.
Tindakan
semua ahli.
2. UCAPAN TUAN PENGURUS FELDA (TOTOR BIN
SANWIKARTO)
2.1. Pengurus
memulakan dengan salam dan mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis
serta kepada semua ahli blok. Perkara pertama yang di sebut oleh beliau ialah
berkenaan dengan ladang yang mana beliau menyarankan segala masalah berkaitan
dengan ladang hendaklah di maklumkan kepada pegawai atau terus ke meja pengurus
supaya masalah berkaitan dapat diselesaikan secepat mungkin. Satu lagi cara
paling mudah ialah dengan menulis nota berkaitan masalah ladang dan serahkan
kepada ketua blok supaya dapat di ke mukakan di mesyuarat JKKR.
2.2. Batu
Sempadan
Tambah beliau,
berkenaan dengan batu sempadan, semua ahli di minta memastikannya di lot
masing-masing jika masih tiada atau hilang hendaklah di maklumklan kepada pihak
pengurusan.
2.3. Maulidul Rasul
Tambah beliau lagi,
bersempena dengan kelahiran Nabi besar kita Muhammad SAW satu program yang di
anjurkan oleh AJK Masjid dan Pengurusan Felda akan di adakan di perkarangan
Masjid Felda Lawin Selatan pada 25 Fab 2012 bermula dari jam 7.30 pagi. Perarakan
bersempandok oleh peneroka dan ceramah agama yang di jemput khas adalah
pengisian program tersebut. Semua peneroka di minta hadir bagi memeriahkan
majlis. Jamuan disediakan.
Perhatian
semua ahli.
2.4. MRSM
Pengurus
memaklumkan kepada semua ahli, jika ada pelajar (anak peneroka) tingkatan 4
yang ingin memasuki MRSM. Bolehlah menghubungi pihak pengurusan Untuk mendapatkan
maklumat lanjut.
Perhatian
semua ahli.
2.5. Keceriaan kawasan kampung
Beliau menambah, keindahan
kawasan kampung amat di titik beratkan oleh pihak pengurusan, dari itu satu
jawatan kuasa perlu dilantik bagi memantau dan memastikan setiap rumah menanam
pokok bunga dengan teratur. Kebersihan juga perlu di jaga supaya kawasan
kampung kelihatan cantik dan ceria.
Tindakan
semua ahli
2.6. Kelas Al Quran
Kata beliau, program
tersebut mula mendapat sambutan menggalakan dari ibu bapa dan pelajar, ini
kerana bilangan pelajar semakin bertambah dari masa ke semasa. Pihak pengurusan
mencadangkan agar kelas Al Quran untuk golongan dewasa pula diujudkan.
Perhatian
semua ahli.
2.7. Pelaburan KPF Penerokawati
Tambah beliau lagi,
ahli yang masih belum membuat pelaburan KPF hendaklah berrbuat demikian
seberapa segera, sila berhubung dengan pejabat untuk urusan tersebut.
Tindakan
penerokawati.
2.8. Bicara Kuasa
Beliau juga
memaklumkan, peneroka yang ingin menentukan bakal pewaris harta bolehlah
berbuat demikian dan untuk urusan tersebut boleh menghubungi En. Azwan atau
pihak pengurusan.
Perhatian
semua ahli.
2.9. Perumahan Generasi Ke-2
Kata beliau lagi,
seperti yang telah ditetapkan oleh Felda, tapak perumahan untuk generasi ke-2
akan di tempatkan di Lawin Utara, anak peneroka perlu membuat persiapan. Untuk
maklumat selanjutnya boleh menghubungi pihak pengurusan.
Perhatian
semua ahli.
3. UCAPAN
PEGAWAI BLOK (EN. MOHD. SHAFIQ BIN MOHD. KHANFI)
3.1. Beliau
memulakan dengan salam dan mengucapkan terima kasih kepada pengerusi kerana
telah memberi kesempatan untuk menyampaikan sedikit ucapan serta menyampaikan
serba sedikit maklumat. Antaranya ialah tentang generasi ke-2 yang berminat
untuk menjadi seorang usahawan bolehlah menyertai program Tunas Harapan yang
dianjurkan oleh Felda, bagi yang berminat perkara berkaitan boleh berhubung
dengan Pegawai (En. Mohd. Shafiq).
Perhatian
semua ahli.
3.2. Caruman KPF
Tambah
beliau, jika ada ahli yang ingin membuat caruman KPF sendiri boleh terus
berurusan dengan pihak bank (May Bank) dengan mengisi borang yang boleh di
dapati di bank berkenaan. Untuk panduan dan cara mengisi borang adalah seperti
berikut:
(a). Dapatkan borang (Simpanan) di
bank.
(b). Ruang nama ditulis: Koperasi
Permodalan (M) BHD.
(c). No. Akaun KPF: 5642 1230 1580
(d). Ruang keterangan urusniaga
ditulis: Nama ahli.
(e). Ruang rujukan ditulis: Nombor
ahli.
(f). Ruang jumlah ditulis: Berapa
jumlah caruman yang ingin dibuat.
(g). Jangan lupa tarikh dan tanda
tangan anda.
(h). Serahkan ke kaunter dan anda akan
menerima salinan pendua.
(i). Poskan salinan pendua ke alamat seperti
berikut:
Koperasi Permodalan Felda
(M). Berhad,
Blok 3, Anjung Felda, Jalan
Maktab,
54000 Kuala Lumpur .
Nota: Gunakan pos berdaftar atau pos laju atau pos ekpres.
Perhatian
semua ahli.
3.3. Perarakan
Maulidul Rasul
Kata
beliau lagi, semua ahli blok 8 diminta hadir untuk bersama-sama menyertai
perarakan tersebut bagi memeriahkan majlis. Ahli blok perlu menyediakan
sepandok untuk perarakan tersebut.
Tindakan
semua ahli.
4. UCAPAN
PENASIHAT (TUAN IMAM MOHD BASRI BIN AWANG BONG)
4.1. Beliau
memulakan dengan salam dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana sekali lagi
diberi peluang untuk menyampaikan ucapan. Sebagai seorang Imam dan pemimpin
agama beliau tidak lari dari ingin memperkatakan tentang bimbingan agama kerana
agama Islam adalah asas kehidupan harian,. Apa yang ingin di sentuh ialah membina
keluarga bahagia yang di tuntut oleh Islam.
4.2. Menta’ati Suami
Kata beliau, isteri
solehah adalah isteri yang ta’at dan setia kepada suaminya seperti ia
menghormati kedua ibu bapanya, kerana suami adalah pengganti kepada kedua ibu
bapa merangkap ketua dalam sebuah rumah tangga. Manakala suami pula mestilah
bertanggung jawab terhadap isterinya, memberi kasih sayang, memberi nafkah
zahir dan batin serta bimbingan agama.
4.3. Membina Keluarga Bahagia
Tambah beliau
lagi, sebuah keluarga yang hidup tanpa persefahaman antara suami dan isteri
tentulah tidak akan mengecapi kebahagiaan selamanya, oleh itu jalan
penyelesaian perlu dicari. Sebuah rumah tangga yang bahagia itu adalah kerana
suami atau isteri saling hormat menghormati antara satu sama lain, suka duka
diharungi bersama, masing-masing tahu akan tanggung jawabnya, berpengetahuan
tentang ilmu agama juga adalah asas kebahagian sebuah rumah tangga.
Perhatian
semua ahli.
4.4. Perarakan
Melibatkan Kaum Wanita
Kata beliau , Islam
tidak melarang kaum wanita untuk turut serta dalam majlis tersebut asalkan
tidak melanggar batas-batas agama, seperti bercampur aduk lelaki dan perempuan
yang bukan muhrim. Kaum perempuan hendaklah sentiasa menjaga tingkah laku,
pakaian yang sepatutnya semasa dalam majlis atau di tempat perhipunan yang di
sertai lelaki dan perempuan.
Perhatian
semua ahli.
5. PENGESAHAN
MINIT MESYUARAT YANG LALU
Dicadangkan
oleh: Sharif Bin Ahmad
Disokong oleh: Abu Hasan Bin Harun
6. LAIN-LAIN
HAL
6.1. Nor Hasyima Binti Zakaria
Mengajukan pertanyaan tentang pinjaman
perumahan yang telah di buat tapi masih belum ada jawapannya.
6.2. Siti Liah Binti Hamid
Bertanyakan tentang batu sempadan di kawasan
lotnya.
6.3. Siti Fatimah Binti Khamis
Bertanyakan berkenaan KPF, adakah
setiap ahli mesti mempunyai akaun bank (May Bank).
6.4. Siti Rafeah
Binti Mat Rani
Mengajukan pertanyaan berkenaan
tanah untuk tanaman bunga yang masih belum diterima.
6.5. Nor Aziah
Binti Manas
Mengajukan soalan berkenaan tanam semula
yang tidak disiapkan dalam satu lot dan mencadangkan supaya disiapkan dari satu
lot ke satu lot. Beliau juga mencadangkan supaya guru kelas Al qur’an di tambah
bayarannya kerana murid yang mengikuti kelas tersebut semakin bertambah.
6.6. Abu Hasan
Bin Harun
Mencadangkan supaya anggota RELA
membuat kawalan di pintu masuk kawasan rancangan (Post kawalan) setiap malam
dan mencadangkan semua ahli blok 8 terlibat sama secara giliran.
6.7. Hj. Jamaludin
Bin Awang
Jika ahli blok terlibat untuk
membuat kawalan, beliau mencadangkan satu salinan jadual bertugas di edarkan
kepada ahli blok.
Mesyuarat tamat jam 5.35 petang
Minit disediakan oleh,
( Nor Bin Saribun / Setiausaha blok 8)
Fikir-fikirkan:
“Jadilah
seperti benih yang bernas, walau dilanda 100 tahun panas, walau diganggu
binatang buas, namun benih tetap bertunas.”
Madah
Pujangga……
|
No comments:
Post a Comment