Tarikh : 27/12/2012 Bil. (6)
Tempat :
Rumah No; 175. Abu Hashan Bin Harun
Masa :
3.00 petang.
KEHADIRAN
1. Paizusakri
Bin Jidin 169 Ketua Blok/Pengerusi
2. Abd. Wahab
Bin Daud 164 Ahli
3. Sharif Bin
Ahmad 158 Timbalan Ketua Blok
4. Dalma Bin
Harun 178 Ahli
5. Abu Hashan
Bin Harun 175 Ahli
6. Zulkifli Bin
Ishhak 172 Bendahari
7. Nor Bin
Saribun 165 Setiausaha
8. Siti Rafeah
Binti Mat Rani 157 Ahli
9. Hamidah
Binti Bukhari 158 Ahli
10. Siti Liah
Binti Hamid 162 Ahli
11. Hasnah Binti
Hamid 163 Ahli
12. Rokiah Binti
Ramli 161 Ahli
13. Norsida Binti
Amran 159 Ahli
15. Siti Fatimah
Binti Kamis 164 Ahli
16. Puteri
Hamizah Bt Megat Ahmad 171 Ahli
17. Norasiah
Binti Alang Yusuf 178 Ahli
18. Rahmah Binti
Yaaup 176 Ahli
19. Umi Khalsum
Binti Jusi 173 Ahli
20. Salasiah
Binti Marawi 170 Ahli
21. Noraziah
Binti Manas 175 Ahli
22. Siti Mariah
Binti Ibrahim 174 Ahli
23. Nor Edayu
Binti Cek Zabidi 177 Ahli
TURUT HADIR
1. Totor Bin
Sanwikarto Pengurus
TIDAK HADIR
1. Cek Zabidi
Bin Cek Mok 177 Ahli
2. Awang Bin
Zainun 154 Ahli
3. Che Majid
Bin Taib 176 Ahli
4. Jamaluddin
Bin Awang 171 Ahli
5. Siti Fatimah
Binti Ahmad 165 Ahli
6. Mohd Basri
B. Awang 161 Penasihat
7. Rabitah
Binti Manaf 172 Ahli
8. Siti Hasnah
Binti Hamid
1. NOTA KHAS PENGERUSI (En. Paizusakri
Bin Jidin)
1.1. Pengerusi memulakan dengan
salam dan mengalu-alukan kehadiran semua ahli. Beliau juga memberi sedikit
nasihat kepada semua ahli supaya bersatu dan memberi sokongan padu dalam semua
aktiviti blok untuk keharmonian semua ahli bagaikan satu keluarga.
1.2. Kawasan Kampung
Seperti biasa,
pengerusi sering menitik beratkan tentang kecerian kawasan kampung dan mengajak
semua ahli membuat gotong royong membersihkan kawasan dan menanam bunga di tepi
jalan. Menurut beliau lagi, peruntukkan telah diberikan oleh pihak pengurusan
tanah rancangan sebanyak RM600.00 (enam ratus ) untuk tanaman pokok bunga dan keperluan
lain yang berkaitan.
Makluman semua ahli
1.3. Aktiviti Blok
Tambah
beliau, aktiviti blok perlu di aktifkan semula seperti bacaan Yasin dari rumah
ke rumah tanpa perlu menyediakan makanan.
Tindakkan
semua ahli
1.4. Kutipan More
Tambah
beliau lagi, kutipan more kekal dengan menggunakan wang tabung blok seperti
yang telah lalu. Jika ada sesiapa yang ingin menambah (sedekah) bolehlah
berbuat demikian mengikut keikhlasan ahli.
Tindakkan
semua ahli.
2. UCAPAN
TUAN PENGURUS RANCANGAN (Totor Bin Sanwikarto)
2.1. Tuan pengurus memulakan dengan
salam dan mengalu-alukan kehadiran semua ahli blok 8. perkara pertama yang di
sentuh oleh beliau ialah tanam semula. Tanam semula masih dalam perlaksaan dan
kerja-kerja sedang di jalankan namun keadaannya masih tidak sempurna. Tuan
pengurus meminta kerja sama dari tuan kebun supaya memastikan kebun mereka
dalam keadaan sempuna. Sebarang masaalah berkenaan kebun hendaklah diajukan ke
meja pengurus.
Makluman
semua ahli
2.2. Batu Sempadan
Tuan pengurus menyarankan
kepada tuan kebun supaya menandakan batu sempadan dengan menanam pokok
pinang.agar mudah kelihatan apabila pokok pinang itu sudah besar kelak.
Makluman
semua ahli
2.3. Menyulam Anak Pokok Getah
Tuan pengurus
memaklumkan kepada semua ahli, sesiapa yang ingin menyulam anak pokok getah
hendaklah berurusan dengan kontrek (Karim).
Makluman
semua ahli
2.4. Saham FGV
Di maklumkan kepda semua
ahli, saham FGV telah di bayar oleh pihak Felda dan semua yang terlibat tidak
lagi berhutang dengan pihak bank. Ahli yang terlibat cuma membayar kepda Felda
dengan cara ansuran iaitu RM50.00 sebulan tanpa faedah. Borang perjanjian perlu
di lengkapkan dan tanda tangan pengesahan sebagai tanda persetujuan antara ahli
dan Felda.
Makluman
semua ahli
2.5. Pendidikan
Mengambil berat tentang
pendidikkan anak-anak adalah antara saranan tuan pengurus. Ibu bapa hendaklah
menghantar anak masing-masing untuk berlajar supaya anak-anak menjadi insan
cemerlang bila dewasa kelak. Yuran sekolah juga perlu diselesaikan untuk
kebaikkan bersama.
Tindakkan
semua ahli
2.6. Kawasan Kampung
Seperti biasa, tuan
pengurus sentiasa mengambil berat tentang kebersihan kawasan kampung disetiap
blok. Begitu juga dengan blok 8 yang sentiasa dalam perhatiannya. Oleh itu
semua ahli hendaklah sentiasa menjaga keceriaan kawasan rumah masing-masing.
Tindakkan
semua ahli
2.7. Mesyuarat Blok
Tuan pengurus memberi cadangan
dan nasihat kepada semua ahli blok agar dapat bermesyuarat pada setiap bulan.
Tujuannya adalah supaya sebarang masaalah dapat disampaikan dan dapat
diselesaikan dengan secepat mungkin.
Tindakkan
ketua blok
2.8. Ibu Tunggal
Kepada isteri yang
kematian suami, tuan pengurus menyarankan supaya menghubungi pihak pengurusan
untuk menyelesaikan masaalah hak milik yang belum ditukar kepada isteri.
Tindakkan
ibu tunggal
2.9. Ucapan Penangguhan
Tuan pengurus menyeru
semua ahli agar memberi kerja sama kepada pihak pengurusan dan mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua ahli yang telah memberi sokongan, diharap akan
berterusan dan akan bertambah baik lagi.
3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT DAN KEWANGAN
Kertas
minit mesyuarat dan kewangan telah diedarkan kepada semua ahli untuk disemak
dan semua ahli bersetuju untuk disahkan.
Pencadang: Siti Rafeah Binti Mat Rani
Disokong oleh: Hamidah Binti Bukhari
4. LAIN-LAIN HAL
4.1. Noraziah Binti Manas.
a. Membangkitkan tentang rumah yang di duduki oleh anak
peneroka, adakah ianya kekal atau tidak..
b. Beliau mencadangkan agar aktiviti
membaca Yasin dari rumah ke rumah diaktifkan semula. Tuan rumah tidak perlu
menyediakan makanan atau apa-apa jamuan. Beliau mencadangkan aktiviti tersebut
dimulakan pada hari sabtu setiap awal bulan.
4.2 Nor Bin
Saribun
a. Mencadangkan kepada semua ahli supaya
menyenaraikan nama peserta yang mengikuti aktiviti membaca Yasin dan gotong
royong blok, tujuannya ialah untuk dikepilkan bersama minit mesyuarat dan
boleh semakkan oleh semua ahli.
4.3 Sharif Bin
Ahmad
a. Bertanyakan tentang bantuan pelajaran untuk
kali ke 2.
4.4. Zulkifli Bin
Ishhak
a Membangkitkan masaalah longkang di
belakang rumahnya yang telah dibuat beberapa tahun lalu tanpa simen. Beliau meminta agar longkang
tersebut di buat dengan sempurna iaitu longkang bersimen.
4.5. Siti Rafeah
Binti Mat Rani
a Mencadangkan gotong royong dimulakan
pada hari ahad sebelah petang.
Norsida Binti
Amran
a. beliau membangkitkan masaalah longkang
di hadapan rumahnya yang telah mengalami kerosakkan, akibatnya, air memasuki
rumahnya apabila musim hujan dan berharap pihak pengurusan mengambil tindakkan
selanjutnya.
Mesuarat
ditangguh pada jam 4.45 petang
Minit disediakan
oleh
(Nor Bin Saribun / Setiausaha Blok 8)
No comments:
Post a Comment