TAZKIRAH RINGKAS 01


SYUKURI NIKMAT ALLAH MELIMPAH RUAH

Assalamualaikum

Wahai Sahabat2 & Saudara2 ku

Allah adalah Tuhan yg Maha Esa, Maha Pemurah lagi Maha Mengasehani. Nikmat dan ujian diberikan kpd hamba-Nya sbgai tanda kaseh sayang-Nya kpd kita. Rahmat dan kaseh-Nya adalah melebihi kaseh seorang ibu kpd anaknya..Sifat itu boleh dilihat melalui Asmaul-Husna. Nama seperti ar-Rahman (Maha Pemurah), ar-Rahim (Maha Penyayang), ar-Ghaffar (Maha Pengampun) & ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki) menunjukkan betapa luas rahmat dan kaseh-Nya..

Keluasan rahmat dan pengampunan-Nya boleh juga dilihat melalui hadis diriwayatkan Abu Hurairah RA, mafhumnya..Seorg hamba telah berbuat dosa dgn suatu perbuatan maksiat, kemudian dia berkata.."Ya Tuhanku, ampunilah bagiku dosaku.."Maka, Allah SWT berfirman..Hamba-Ku melakukan perbuatan dosa dan dia mengetahui bahawa Tuhannya mengampuni dosa dan mengazabkan perbuatan dosa.

Kemudian hamba itu berbuat dosa kembali. Dan kemudian berdoa kembali..Tuhanku, ampunilah bagiku dosaku.."Maka, Allah SWT berfirman..Hamba-Ku telah berbuat dosa dan dia tahu, dia memiliki Tuhan yg mengampuni dosa dan mengazabkan perbuatan dosa. Lakukanlah apa yang kamu kehendaki, krn Aku benar2 telah mengampuni mu.."

Wahai Sahabat2 & Saudara2 ku

Sepanjang kehidupan manusia didunia ini, kita sentiasa dilimpahi nikmat dan rahmat Allah yg sgt bnyk. Antara yg selalu kita lupa dan tidak ambil endah ialah nikmat sihat penglihatan serta pendengaran dan yg paling kita ambil mudah ialah nikmat untuk kita terus bernafas..

Dlm (Surah ar-Rahman, ayat 13) Firman Allah maksudnya.."Maka, yang mna satu diantara nikmat2 Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin.."

Sesungguhnya, nikmat paling besar dikurniakan kpd manusia sejak Nabi Adam AS sehingga kpd kita hari ini ialah nikmat Islam itu sendiri. Tanpa Islam, mana mgkin manusia mampu untuk membina tamadun hebat pada hari ini..Kita umat Nabi Muhammad SAW dikurnikan nikmat dan rahmat yang besar apabila diturunkan kpd kita nabi dan rasul terakhir..

Dlm firman-Nya bermaksud.."Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan utk menjadi rahmat bagi sekalian alam.." (Surah al-Anbiya, ayat 107)
Wahai sahabat2 & saudara2 ku

Segelintir manusia menggunakan anugerah diberikan Allah seperti kecerdikkan dan pemikiran kpd perkara bermanfaat sbgai tanda penghargaan atas pemberian-Nya.

Namun, ada juga golongan manusia yang tidak menghargai rahmat dan nikmat pemberian-Nya kpd mereka dgn membuat pelbagai kerosakan didunia ini..

Jgnlah kita didlm golongan2 ini..

Wallahuak'lam

Semoga Tazkirah ini Dapat Manfaat Kepada Kite Semue

SELAMAT BERAMAL

No comments:

Post a Comment