Ayah dan ibu tercinta.
Dari mu aku bermula, dapat melihat bulan, bintang, matahari, malam, siang dan alam semesta raya. Darinya juga aku dapat menikmati makanan dan minuman kegemaran. Kerana cintanya aku dapat berjalan selangkah demi selangkah pada permulaannya. Kerana kesabarannya aku membesar dengan perlahan hingga aku dewasa. Dengan ketenangannya juga ia menberi aku pilihan memilih pasangan untuk meneruskan hidup bagi menyambung keturunan dan
generasinya.
Ayah dan ibu tercinta.
Terima kasih yang tidak terhingga kerana mendewasakan aku dengan cara mu sendiri. Terima kasih kerana menghantar aku ke sekolah dengan basikal tua meredah kebun getah, jalan berlopak musim kemarau dan banjir ketika musim hujan. Susah payahnya tanpa aku fikirkan ketika itu. Aku hanya menangis dipagi hari kerana dalam keterpaksaan ke sekolah.
Ayah dan ibu tercinta.
Engkau telah berjaya membesarkan anak-anak mu walaupun dalam kemiskinan, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, namun ketabahan mu membuat aku bangga. Engkau korbankan segala keinginan mu demi anak-anak mu. Engkau pertaruhkan nyawa mu demi keselamatan anak-anak mu. Engkau pertahankan anak-anak mu dari penghinaan perbezaan kaum.
Ibu tercinta.
Hari ini (27/7/2015), ibu sempat melihat anak mu mencapai usia 57 tahun kehidupan, walaupun tubuh mu kian membongkok kerana dimamah usia. Namun engkau tetap berada disisi anak mu dengan senyuman kasih sayang mu yang sangat berharga dalam hidup ku.
Ayah tercinta.
Doa ku terhenti seketika kerana menahan sebak di dada di majlis meraikan hari kelahiran anak mu ini. Walaupun tersekat-sekat, doa anakmu ini dapat diteruskan hingga akhir. Aku menangis sendu teringatkan ayah dalam doaku diayat "Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapaku, kasihanilah mereka kerana mereka telah memelihara ku sejak dari kecil lagi".
Ayah telah pergi menyambut seruan ilahi. Aku merindui mu ayah. Semoga Allah memberi rahmat keatas roh mu dan di tempatkan bersama-sama orang yang soleh.
Atok dan nenek tercinta.
Terima kasih juga diucapkan kepada atok dan nenek yang memanjakan cucu mu ini walaupun seketika. Namun di hati cucu mu ini telah terpahat kemanjaan yang diberi. Di hati cucu mu ini masih terasa ketika atok meriba aku, menggendung aku di belakang mu, memujuk tangis ku, mengusap kepala ku dan yang terakhir atok memeluk ku ketika atok sakit serta memberi tanda yang atok akan pergi meninggalkan cucu mu ini buat selama-lamanya.
Doaku terhenti seketika kerana tiba-tiba teringatkan semua itu. Ya Allah ampunilah dosa-dosa mereka dan tempatkan mereka bersama-sama orang yang beriman. Amin ya robbal alamin...

No comments:
Post a Comment