Gunung Jerai merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya 2.107 meter. Guning Jerai boleh dilihat dari Hotel E&O di Pulau Pinang kerana jarak dari Butterworth ke Gunung Jerai cuma 50 km sahaja.
Kedudukan Gunung Jerai yang menganjur ke
Tanjung Jaga di pinggir laut menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan Gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki Gunung ini.
Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya Batu Kapal, Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelambai ketika Maharaja tersebut cuma melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.
Gunung Jerai menawarkan aktiviti merentasi hutan bagi pencinta alam semulajadi. Terdapat kepelbagaian tumbuh-tumbuhan tropika yang termasuk kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.
Dari Butterworth mengikut jalan persekutuan, memandu ke Sungai Petani melalui Bedong, Kedah. Kemudian ke Gurun. Dari sana ada jalan tar menuju ke stesen radio sepanjang 11 km. Ada sebuah hotel di sana yang sekarang telah diambil alih dan dinamakan The Regency Jerai Hill Resort. Ada tapak perkemahan dan tapak perkelahan di pertengahan jalan.
Mengikut Lebuhraya Utara Selatan PLUS, dari Tol Sg. Dua Prai menuju utara dan keluar di Exit Gurun. Belok kanan di simpang lampu trafik. Dari utara melalui Guar Chempedak. Yan Kecil dan ke Yan Besar.
Dari puncak akan kelihatan pemandangan indah negeri Kedah terutama pemandangan sawah padi yang luas terbentang bak saujana mata memandang. Sebuah bangunan misteri terdapat di sana dipercayai seribu tahun. Binaan ini tidak diketahui oleh kebanyakan penduduk tempatan. Kini binaan tersebut telah hampir dimusnahkan oleh kerja-kerja meratakan tapak bagi stesen radio.
1. Anda tidak perlu menjadi cantik semata-mata
untuk disayangi kerana kehebatan anda di ranjang akan menjadikan anda sentiasa
'dirindui' suami anda?
No comments:
Post a Comment