Thursday, March 5, 2015

MOTIVASI


MAHU JADI KAYA?

PENDAHULUAN

Mahu jadi kaya? Ayat itu merupakan satu ungkapan keramat yang membuat semua orang menjadi gerun. Terutama mereka yang berumur 20 tahun ke atas. Atau mereka yang telah bekerja. Semua orang berlumba-lumba untuk mengumpul wang agar suatu hari nanti mereka boleh menjadi kaya. Mempunyai kenderaan, rumah dan wang simpanan yang mencukupi. Cita-cita yang menjadi sasaran setiap orang dalam dunia ini.

            Namun berapa kerat sangatkah daripada kita yang menjadi kaya sebenar-benarnya. Cuba lihat disekeliling kita. Kira berapa ramaikah mereka.
Mungkin dalam satu kampong atau kawasan kita tinggal, hanya ada 3 atau 4 orang sahaja yang kita anggap kaya. Mereka kaya kerana apa? Adakah harta peninggalan? Perniagaan mereka menjadi? Memiliki rumah besar dan kereta mewah?

            Biasanya kita menganggap individu yang mempunyai harta adalah orang yang sebenar-benarnya kaya. Tapi pernahkah kita terfikir apakah kekayaan yang mereka mililiki itu kaya yang sebenarnya? Pada pandangan saya secara peribadi, kaya sebenarnya adalah kita hidup secara sederhana dan tidak mempunyai sebarang hutang yang boleh dianggap tinggi dan kita mampu untuk menangganinya.

Bila kita melihat orang yang berharta, yang kita anggap orang itu kaya. Mereka memiliki kereta mewah, sedangkan hutangnya masih banyak. Rumah yang besar, hutangnya juga masih banyak. Sebenarnya mereka hanya kaya di mata orang yang melihat sahaja. Sedangkan mereka sendiri terpaksa membanting tulang untuk kelihatan kaya. Hari-hari yang mereka lalui amat sengsara sekali. Setiap hari terpaksa memikirkan bagaimana untuk melangsaikan hutang.

Saya harap anda faham dengan apa yang ingin saya sampaikan. Saya ingin supaya anda boleh mendalami erti kekayaan yang sebenar-benarnya lebih dahulu sebelum saya pergi lebih jauh lagi dengan berkongsi rahsia bagaimana untuk menjadi kaya yang sebenarnya. Ringkasnya, kaya adalah bebas dari masalah hutang piutang yang boleh membelenggu pemikiran kita untuk menjalani kehidupan seharian.

Saya faham, kalau ada orang mengatakan kita kenalah berhutang kerana ingin memiliki barang keperluan seperti kereta, rumah dan peralatan perabut dan sebagainya. Ya, itu ada benarnya. Jika anda rasakan itu satu keperluan maka anda perlu merancang perbelanjaan dan mengambil langkah berjimat cermat. Biarlah keperluan itu berpadanan dengan pendapatan. Jika anda ingin membeli kereta janganlah terlalu mengikut nafsu sehingga kereta yang tak mampu bayar bulanan. Down payment mampu bayar, tapi bulanannya sehingga 9 tahun yang perlu anda tanggung.


Baiklah, bagaimana untuk menjadi kaya? Dibawah ini saya terangkan cara-cara yang saya gunakan selama ini. Ini adalah dari pengalaman saya dan pengalaman orang lain yang saya gabungkan untuk dikongsi bersama dan boleh dijadikan sebagai panduan. KLIK DI SINI 

No comments:

Post a Comment