Saturday, January 21, 2017

CARA HALAU LALAT, PETUA TRADISIONAL


Assalam'mualaikum...

Lalat memang merimakan kerana ia suka hinggap pada makanan. Untuk menghalau lalat, cuba tabutkan lada sulah di atas tudung saji atau penutup makanan anda. Dengan cara ini lalat tidak akan mengganggu lagi. Atau anda boleh juga mengambil beberapa tangkai daun kari dan libaskan ke arah lalat. Kemudian leraikan daun kari tersebut dan rendam dalam segelas air.


Letakkan di meja makanan anda atau di tempat yang banyak lalat. Boleh juga dengan menggunakan daun belimbing, ambil dua tiga tangkai daunnya dan kibaskan pada lalat. Lalat akan berangsur hilang... Insya-Allah..

Bagi mengelak semut pula. Ambil tali yang menyerap cecair dan celupkan ke dalam minyak. Kemudian lilitkan tali tersebut di kaki meja. Boleh juga menggunakan daun sirih yang telah disiatkan dan taburkan di tempat laluan semut. Atau gunakan kulit timun. Kulit timun juga berguna, jangan dibuang begitu saja. Letakkan di tempat yang menjadi sarang semut untuk menghalang ia memenuhi rumah anda.

Untuk menghalau semut yang masuk ke dalam balang gula, masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam balang tersebut, semut akan keluar dengan sendirinya. Atau masukkan beberapa ulas bawang ke dalam bekas gula, jangan dikupas kulitnya.

Nyamuk juga merimaskan dan ada pula yang membawa penyakit. Bagi yang alahan dengan ubat
nyamuk boleh menggunakan cara ini. Ambil beberapa helai daun limau nipis dan letakkan di dalam piring. Kemudian letakkan piring tersebut di tempat yang banyak nyamuk biasanya di tempat yang gelap.

Boleh juga dengan menggunakan limau nipis yang dibelah dua dan letakkan di dalam satu bekas kemudian taburkan bunga cengkih di atas limau tadi. Letakkan bekas tersebut di tempat yang gelap kerana biasanya nyamuk suka di tempat yang gelap.

Serai wangi boleh juga digunakan untuk menghalau nyamuk dengan cara memotong halus, kemudian tamurkan disetiap penjuru bilik atau setiap penjuru dalam rumah. Baunya yang harum membuatkan nyamuk tidak suka menghampirinya... Insya-Allah.

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment