Tuesday, March 10, 2015

DALAM KENANGAN

DALAM KENANGAN



Ketika di tengah malam yang sunyi, aku suka mengingati peristiwa lama yang menjadi kenangan sepanjang hayat. Dalam aku asyik melamun sendirian, aku teringatkan peristiwa kenduri kendara yang pernah aku buat iaitu kenduri perkahwinan
anak permpuan aku yang ke dua dalam tahun 2007 kalau tak silap aku.

Aku mencari DVD yang aku simpan, rasanya aku ada menyimpan DVD itu, tapi entah di mana aku menyimpannya. Aku mencari dalam fail tapi tidak ada di situ, mungkin dalam almari tempat aku menyimpan segala DVD fail dan CD foto  tapi tidak juga berjumpa. Aku duduk semula di kerusi sambil mengingatinya.

10 minit kemudian aku mencari lagi, kali ini aku mencari di rak buku-buku lama, satu persatu aku membelik buku-buku lama yang telah berdebu dan berserawang. Sudah agak lama juga aku tidak membaca. Aku menepok-nepok buku itu untuk membuang habuk dan debu. Puluhan buku yang ada di atas rak itu aku selongkar satu persatu dengan harapan akan menemui DVD yang pernah aku simpan.

Sayang seribu kali sayang, aku tidak juga menemuinya. Entah di mana aku menyimpan hingga sukar untuk menemuinya. Aku kembali semula duduk di kerusi dengan perasaan hampa dan kecewa. Aku yakin DVD itu ada tersimpan.

Aku bangun dari kerusi menuju ke ruang dapur untuk membuat Nescafe, mungkin aku perlukan sedikit ketenangan dan mungkin akan tenang jiwa aku selepas minum kopi, Sambil mengisi air ke dalam cerek bising, aku cuba mengingati semula di mana tempatnya aku menyimpan DVD itu.

Cerek yang berisi air dah berbunyi sebab aku isi air cuma sedikit sahaja untuk cepat masak. Setelah menutup api dapur, aku mencapai cawan besar Dan sudu. Gula dan Nescafe di masukkan ke dalam cawan, sedikit air panas yang aku perlukan. Setelah dikacau, aku masukkan sedikit air masak sejuk supaya Nescafe boleh diminum segera.

Aku membawa minuman itu ke ruang tamu Dan duduk semula di kerusi. Fikiran aku tertumpu di mana DVD kenduri itu. Tiba aku terpandang folder merah yang sudah koyak di bawah meja kecil. Folder yang sudah lama tidak terusik, berabuk kerana sudah lama tidak diperdulikan. Aku buka dengan perlahan namun habuk tetap berterbangan. Entah berapa kali aku terbersin.

Rupanya di sini duduknya DVD kenduri itu. Lapang rasanya dada aku. Lantas aku masukkan dalam computer. Masih elok lagi Dan berfungsi dengan baik. Sambil menghirup Nescafe, aku melihat video itu. Terlihatlah aksi orang ramai dengan tugas masing-masing.

Tiba-tiba aku rasa hiba, air mata mula mengalir ke pipi dan pandangan ku kian kabur kerana air mata semakin banyak keluar. Aku mencapai tisu untuk menyapu air mata ku. Aku terasa sedih bila melihat rakan-rakan ku yang telah tiada tapi gelagatnya masih ku lihat di video itu.

Kini aku abadikan video itu untuk tontonan bersama dan dapat mengenang semula jasa dan budi baik mereka. Kepada rakan-rakan yang sudi menyempunakan kenduri hingga selesai, aku ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Allah jua yang akan membalas budi baik kalian.


Kepada yang telah kembali menemui Ilahi ku titipkan doa buat mu, semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan mendapat perlindungan Ilahi. Amin. Al-Fathihah. 


1.       Anda tidak perlu menjadi cantik semata-mata untuk disayangi kerana kehebatan anda di ranjang akan menjadikan anda sentiasa 'dirindui' suami anda???  Dapat ebook di sini.

No comments:

Post a Comment