TAZKIRAH RINGKAS 03


BILAL BIN RABAH

Assalamualaikum

Wahai Sahabat2 & Saudara2 ku

Selepas wafat nya Rasulullah, Bilal bin Rabah telah meminta izin dari khalifah Abu Bakar utk meninggalkan Madinah. Abu Bakar telah memberi izin kepada Bilal utk meninggalkan Madinah. Seblom meninggalkan Madinah di tatapi nya buat kali terakhir Kota Madinah di mana satu masa dulu dia dan Rasulullah berkongsi suka dan duka. 

Bilal menetap bersama keluarganya di Syria, sgguh sukar bgi Bilal utk melupakan kenangan bersama Rasulullah. Sekian lama nya Bilal menetap di Syria.

Satu hari Rasulullah muncul di dalam mimpinya.." wahai Bilal keras sungguh hati mu, kenapa engkau tidak menziarahi aku.." Lantas Bilal terjaga dari tidur nya dgn deraian air mata, sehingga seluruh keluarganya terbangun.

Bilal menceritakan kepada ahli keluarganya apa yg terjadi, ahli keluarganya menyuruh Bilal menziarahi makam Rasulullah.Semasa Bilal dlm perjlnan menuju Madinah, air matanya tdak henti2 mengalir. Dia tidak berhenti di mana2 agar cpt spai di Madinah..Setelah beberapa hari, Bilal sampai di makam 

Rasulullah lantas memberi salam.." Asalamualaika ya Rasulullah.."Air mata nya terus mengalir. Tiba2 dtg Amirul mukminin Syaidina Abu Bakar memeluk Bilal dari belakang utk menenangkan Bilal,sehingga reda tangisan Bilal..

"Bilal, alang2 kamu sudah berada di sini laungkan lah Azan utk kami, rayu Amirul Mukminin.." "Tidak wahai Amirul Mukminin,jawab Bilal.." Laungkan lah azan,kami rindu akan suara kamu,pinta Syaidina Umar pula, Bilal menggelang kan kepala..Tiba2 dtglah dua org cucu kesayangan Rasulullah iaitu Hassan & Husin.."Pak cik Bilal, laungkan lah azan sebagai mana pak cik laungkan nya di masa datuk kami masih ada. 

Di peluk nya kedua2 cucu kesayangan Rasulullah itu lantas di cium nya. Sebentar tadi aku baru menolak permintaan Khalifah dan permintaan Syaidina Umar, aku takut untuk menolak permintaan kamu berdua, aku takut nanti Rasulullah akan menolak permintaan aku kelak..Bilal naik ke atas menara, di tatapi nya satu persatu tempat kenangan bersama Rasulullah sambil air mata nya mengalir laju.

"Allahuakbar, Allahuakbar"

Terdiam seluruh penduduk Kota Madinah mendengar alunan suara azan tersebut, suasana penduduk Kota Madinah masa itu sgt trkejut. "Asyhadu ala ila haa illallah.." Apakah Rasulullah di bangkit kan semula bisik mereka."Asyhadu ala ila haa illallah.." Tangisan penduduk Kota Madinah kian pilu, mrk terkenang kan saat mrk bersama Rasulullah, 

Syadina Abu Bakar, Umar dan penduduk Kota Madinah menitiskan air mata..kerinduan pada suara agung itu kembali lalu mencetuskan satu situasi yang tercatat sebagai sejarah buat umat akhir zaman.. "Asyhadu anna Muhammad Rasulullah.."Terus Bilal tersungkur tidak dpt meneruskan azan nya lagi, lantas di sambut oleh Syadina Abu Bakar dan Syaidina Umar, "mengapa Bilal? Waktu tengah azan tadi sehingga aku menyebut nama kekasihku, aku terlihat kelibat Rasulullah keluar dari rumah utk solat berjemaah bersama kita. "Aku rindu pada mu ya Rasulullah.." 

Berlenangan air mata para sahabat dan penduduk Kota Madinah apabila tukang azan Rasulullah pulang ke Kota Madinah untuk mengubati kerinduannya kepada Junjungan Besar Muhammad SAW..
Rindukah kita kpd Rasulullah? 

Jangan lupa 12 Rabiulawal.
Salam Maulidur Rasul.

Menangis lah wahai sahabat2 & saudara2 ku, agar kerinduan kita pada Rasulullah terubat...😭😭😭😭😭
Semoga Tazkirah ini Dapat Manfaat Kepada Kita Semue

SELAMAT BERAMAL

No comments:

Post a Comment