Friday, March 14, 2014

Kesihatan


      
Kalsium Panjangkan Umur Wanita
Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik di Kanada menunjukkan, perempun yang mengambil kalsium selama 10 tahun memiliki peluang hidup lebih lama sebanyak 22 peratus berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya.

Hasil kajian itu menolak kebimbangan klise yang mengangap pengambilan suplemen kalsium berdos tinggi dapat meningkatkan risiko kematian akibat penyakit jantung. "Kami malah mengesyorkan kaum wanita mengambil kalsium secara berlebihan kerana ia membantu menurunkan risiko kematian di kalangan mereka," kata David Goltzman, penyelidik dari Universiti McGill, Montreal, Kanada.
Menurut Goltzman, manfaat kalsium dapat dilihat pada mereka yang mengambilnya sehingga 1,000 miligram sehari. Kenyataan Goltzman dalam jurnal The Endocrine Society of Clinical Endocrinology & Metabolism yang disiarkan di Mail Online baru-baru ini menjelaskan bahawa penyelidik-penyelidik pimpinannya telah menganalisi data dari Pusat Osteoporosis Kanada.
Dari situ, mereka memantau kesihatan 9.033 wanita Kanada antara tahun 1995-2007. Selama tempoh itu seramai 1,160 daripadanya meninggal dunia dan kajian lanjut menunjukkan risiko kematian turun sehingga 22 peratus bagi mereka yang mengambil suplemen kalsium pada kadar yang tinggi.
(Dipetik dari akhbar 1 suara)

Anda tidak perlu menjadi cantik semata-mata untuk disayangi kerana kehebatan anda di ranjang akan menjadikan anda sentiasa 'dirindui' suami anda???  Dapat ebook disini.

No comments:

Post a Comment