Sunday, March 16, 2014

Al Kisah...


Kambing Hijau
Di sebuah kampung yang agak terpencil dari kesibukkan bandar. Penduduknya kebanyakkannya dari selatan Thai yang bekerja mengambil upah menoreh getah. Ada diantaranya sudah menetap lama di kampung itu dan telah beranak pinak,
namun mereka tetap berulang-alik ke Negaranya untuk bertemu sanak saudara mereka di sana.
Kisahnya bermula apabila satu keluarga telah bernazar untuk menyembelih seekor kambing hijau yang telah diniatkan setahun yang lalu.
Menurut cerita keluarga yang bernazar itu. Setahun yang lalu, anak lelaki telah memohon kerja dengan kerajaan Negaranya tapi tidak diterima. Bukan sekali tapi 5-6 kali mencuba semuanya hampa.
Kali yang ke 7 membuat permohonan, bapa dan ibu si anak telah berniat jika anaknya di terima bekerja, dia akan menyembelih seekor kambing yang berwarna hijau. Sememangnya dia tahu, untuk mendapatkan kambing hijau itu mustahil tapi dia akan berusaha untuk mendapatkannya. Sudah setahun masa berlalu namun kambing hijau tidak juga ditemui. 
Satu hari dia pulang ke kampung halamannya untuk berbincang dengan sanak saudaranya. Setelah berhari-hari berbincang maka satu keputusan telah dibuat iaitu dengan mendapatkan kambing yang berwarna putih kemudian diwarnakan dengan pewarna hijau dan dibiarkan beberapa hari. Sampailah hari yang ke 7 kambing yang diwarnakan hijau itu pun disembelih. 
Orang kampung dijemput untuk satu majlis doa selamat. Dengan itu tertunailah nazarnya untuk menyembelih kambing hijau.
Begitulah kisahnya... sekian.


Rahsia Menjana RM 1000 - RM 3000 Sebulan Setiap Bulan . Tanpa Mesin , Tanpa Pejabat Dan Tanpa Pekerja??? Dapatkan ebook di sini.

No comments:

Post a Comment