Kerja Sebagai Ibadah
Setiap bidang pekerjaan tenaga kerja atau buruh merupakan
sumber yang terpenting. Ia sama penting dengan sumber ekonomi lain seperti;
tanah, modal dan keusahawanan. Setia pekerjaan mestilah bekerja dengan penuh
etika dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Lantaran itu, etika dapat difahami sebagai tatacara dan
peraturan yang telah ditetapkan dalam sesuatu pekerjaan. Di samping itu, dalam
melaksanakan apa juga kerja, iamestilah kerja yang halal untuk saraan anak dan
isteri. Selain itu, etika yang paling penting adalah sifat amanah dalam
melaksanakan kerja tersebut.
Menurut Islam bekerja adalah ibadah jika dilakukan kerana
Allah SWT. (rujuk az- Zariayat: 56 dan al- Bayyinah: 5)
Oleh itu, etika dan budaya kerja yang disarankan mestilah
budaya kerja yang tekun dan bekerja keras, rajin dan bersungguh-sungguh,
beramanah dan bersih. Dalam hal ini para pekerja amat digalakkan supaya
mengikut etika yang disarankan. Melalui etika dan budaya kerja yang baik setiap
pekerja akan mendapat berkat dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.
Antara etika dan budaya yang baik adalah mengikut acuan yang
terpancar daripada nilai budaya Islam iaitu yang meliputi akidah, syiar,
pemahaman, emosi, akhlak dan tatasulila Islam. Bekerja sebagai ibadah mestilah
disematkan dalam hati setiap pekerja di negara ini.
Bekerja atau mencari rezeki untuk diri dan keluarga adalah
suatu amanah. Oleh itu, bekerja juga turut menjadi amanah yang wajib
ditunaikan. Ini bererti bekerja adalah suatu amanah yang wajib ditunaikan bagi mendapat
hasil daripada pekerjaan yang dilakukan sendiri.
Dalam memilih pekerjaan mestilah pekerjaan yang halal. Jika
melakukan pekerjaan yang tidak halal yang bertujuan untuk mendapatkan
keuntungan yang besar dan cepat yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri
dan keluarga. Sebagai contoh, melakukan pekerjaan yang haram dan menyalahi
undang-undang negara. Islam melarang umatnya melakukan pekerjaan yang tidak
halal dan berdosa. Segala hasil yang diperolehi adalah haram digunakan untuk
diri sendiri, keluarga atau orang lain.
Pandangan tokoh ulama, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi tentang ekonomi
dan harta iaitu setiap masyarakat mempunyai sistem ekonomi khusus yang menjadi
falsafah, akidah, teladan dan pandangannya terhadap individu, masyarakat harta,
tugasnya serta ideanya terhadap agama, dunia kekayaan dan kemiskinan.
Menurutnya, semua ini mempengaruhi manusia dalam hubungannya
terhadap penghasilan kekayaan, cara memperoleh, serta cara mengagih dan
menggunakannya. Daripada situlah maka terbentuknya sistem ekonomi sesebuah
masyarakat.
(sumber akhbar 1 suara)
Rahsia Menjana RM 1000 -
RM 3000 Sebulan Setiap Bulan . Tanpa Mesin , Tanpa Pejabat Dan Tanpa Pekerja???
Dapatkan ebook di sini.
No comments:
Post a Comment