Khasiat Yang Tidak Diketahui Dalam Durian Belanda
Jika disebut durian, maka akan terbayang di fikiran kita buah
yang kulitnya berduri, isinya berwarna kuning, rasanya manis berlemak dan
berbau kuat. Durian sangat digemari ramai, malah ada yang sanggup berhabis duit
untuk mendapatkan durian terbaik. Itulah penangan si raja buah. Bagaimana pula
dengan durian belanda? Ramaikah yang menggemarinya seperti durian?
Durian belanda dan durian adalah dua jenis buah yang berbeza
dari semua sudut. Walaupun disebut durian, namun duri yang ada pada buah durian
balanda tidaklah seperti duri buah durian. Saiznya juga lebih kecil dan
kulitnya lembut, apatah lagi rasanya. Berbanding durian, durian belanda
mempunyai nilai-nilai khasiat yang tidak ada langsung pada durian. Buah ini
juga tergolong dalam kategori buah eksotik, dipercayai berasal hutan amazon. Ia
boleh didapati di negara Amerika Selatan dan juga Asia Tenggara seperti
Malaysia dan Indonesia.
Apakah khasiat yang terkandung di dalam buah yang radanya
masam-masam manis ini? Kajian oleh Universiti Hawai dan Universiti Purdue
mendapati durian belanda mempunyai unsur anti kengser yang sangat tinggi,
selain anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan pelbagai jenis parasit dan
cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, anti kemurungan dan menormalkan sistem
saraf dalam tubuh yang kurang baik.
Buah ini mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa,
mangnese, sukrosa, reticuline dan tannin. Selain isinya, dikatakan kulit, akar,
biji dan daun pokok durian belanda mempunyai khasiat berbeza untuk kegunaan
perubatan moden dan tradisional. Tidak sahaja boleh dimakan mentah, isi durian
belanda boleh dibuat jus. Manakala daunnya boleh dibuat teh sebagai penawar
penyakit kerongkong.
Oleh kerana durian belanda kurang digemari oleh masyarakat
kita, maka ia agak sukar didapati. Tetapi akhir-akhir ini, mungkin menyedari
yang terkandung di dalamnya, buah ini mula dikomersialkan dengan penghasilan
jus durian belanda yang boleh didapati di pasar raya dan juga restoran.
Mungkin, jika diamalkan secara berterusan kita turut akan mendapat manfaat
kesihatan daripada buah durian belanda.
(Dipetik dari akhbar 1 suara)
Anda tidak perlu menjadi cantik semata-mata untuk disayangi kerana kehebatan anda di ranjang akan menjadikan anda sentiasa 'dirindui' suami anda??? layari www.bio-asli.com/
?=nor165
Anda tidak perlu menjadi cantik semata-mata untuk disayangi kerana kehebatan anda di ranjang akan menjadikan anda sentiasa 'dirindui' suami anda??? layari www.bio-asli.com/
?=nor165


No comments:
Post a Comment