Saturday, November 26, 2016

BAGAIMANA MENGATASI PERASAAN BENCI DAN SEBAB-SEBABNYA

Assalammualaikum dan terima kasih kepada yang sudi singgah di blog saya yang tidak seperti nya ini. Saya ingin berkongsi sedikit ilmu pengetahuan yang mungkin kita semua tahu tapi diabaikan kerana kesibukan kerja dan tugas seharian. Perasaan seperti tajuk diatas sememangnya wujud dalam diri kita sejak azali lagi tidak terkecuali, selagi manusia dinamakan manusia.

RASULULLAH S.A.W. bersabda: "Janglah kamu saling memutuskan tali persaudaraan, membelakangi, membenci, dengki dan jadilah kamu bersaudara, sebagaimana Allah memerintahkan kamu." (Hadis riwayat Muslim).

Memutuskan tali persaudaraan, membelakangi, membenci dan dengki dan makna-makna yang sama dengan nya dan lafaz-lafaz yang ada dimasyarakatkan kita seperti menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Kita melihat orang ini bermusuhan dengan ini, itu memusuhi saudaranya dan ini memaki bapa atau ibunya.