Sebaik-baik hidup ini... Kurangkan ucapan yang berdendam. Perbanyakkan ucapan mengasihi. Kurangkan kata-kata mengejek. Perbanyakkan kata-kata menghargai. Kurangkan kata-kata melemahkan. Perbanyakkan kata-kata pendorong. Kurangkan kata-kata kritik. Perbanyakkan kata-kata inspirasi. Kurangkan kata-kata kasar. Perbanyakkan kata-kata berhemah. Admin.
Saturday, September 5, 2015
Friday, August 21, 2015
Tuesday, July 28, 2015
Ayah Dan Ibu.
Ayah dan ibu tercinta.
Dari mu aku bermula, dapat melihat bulan, bintang, matahari, malam, siang dan alam semesta raya. Darinya juga aku dapat menikmati makanan dan minuman kegemaran. Kerana cintanya aku dapat berjalan selangkah demi selangkah pada permulaannya. Kerana kesabarannya aku membesar dengan perlahan hingga aku dewasa. Dengan ketenangannya juga ia menberi aku pilihan memilih pasangan untuk meneruskan hidup bagi menyambung keturunan dan

Tuesday, July 21, 2015
Hikmah Doa Dari Anak.
Dari kisah seorang wali Allah.
Mimpi seorang wali di tanah perkuburan, wali itu ternampak ahli-ahli kubur sedang mengais-ngais rumput seperti sedang mencari sesuatu. Tiba-tiba wali itu terlihat seorang ahli kubur yang sedang duduk berehat diatas kuburnya sendiri. Wali itu ingin bertanya kepada orang tua itu.
Wali: "Pakcik, kenapa
pakcik tak mencari seperti mereka? Saya lihat dari tadi pakcik cuma duduk di kubur pakcik dengan tenang saja? Sedangkan ahli kubur yang lain mencari-cari sambil mengais-ngais rumput dan berebut-rebut sesama mereka?".
Orang tua: "Jika kamu ingin tahu jawapannya, esok kamu pergi ke pasar dan cari orang muda yang menjual daging. Penjual daging itu ialah saudara aku sendiri".
Wali itu tersedar dari mimpinya. Keesokkan harinya wali itu pergi ke pasar dan mencari-cari pemuda seperti yang disebut oleh orang tua dalam mimpinya itu. Setelah meninjau-ninjau maka wali itu terlihat seorang pemuda sedang sibuk menjual daging jualannya. Wali itu hanya memerhatikan pemuda itu dari jauh.
Setelah selesai menjual daging jualannya, pemuda itu menyambung semula membaca qur'an. Wali itu terkujut melihat gelagat pemuda itu lalu terlintas dihatinya ingin bertanya pemuda itu.
Wali: "Assalammualaikum orang muda, saya ingin bertanya sesuatu".
Pemuda: "Waalaikumsalam, ye boleh. Apakah yang ingin tuan tanyakan?".
Wali: "Kamu ada seorang ahli kerabat di kubur kampung ini?".
Pemuda: "Ye ada, itu adalah bapaku".
Wali: "Aku melihat bapa kamu dalam mimpi aku. Dia tenang disana. Apa yang kamu lakukan untuk bapa kamu?".
Pemuda: "Aku sentiasa membaca Al Qur'an dan aku berdoa kepada Allah. Jika bacaan aku diberi pahala, aku sedekahkan kepada bapaku".
Wali: "Kenapa ahli yang lain mengais-ngais rumput disitu?".
Jawapannya: Mereka sedang mencari-cari tempias doa yang didoakan oleh orang ramai dengan lafaz; "Alimasa yihina jami'il musliminawal muslimat wal mukmininawal mukminat". Manakala orang tua yang duduk dengan tenang itu telah mendapat doa khusus dari anaknya.
Pesanan: Perbanyakkan berdoa untuk kedua ibu bapa kita, saudara mara kita untuk kesenangan mereka di alam barzakh. Doa seorang anak untuk ibu bapanya akan terus sampai kepada ibu bapanya, terutamanya anak lelaki yang mana syurganya dibawah telapak kaki ibunya. Waullah hu alam bissawap.

Saturday, July 11, 2015
Monday, July 6, 2015
Saturday, March 28, 2015
Friday, March 27, 2015
Pandangan Indah Gunung Jerai
Gunung Jerai merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya 2.107 meter. Guning Jerai boleh dilihat dari Hotel E&O di Pulau Pinang kerana jarak dari Butterworth ke Gunung Jerai cuma 50 km sahaja.
Kedudukan Gunung Jerai yang menganjur ke
Wednesday, March 18, 2015
Tuesday, March 17, 2015
DALAM KENANGAN 2.
Assalammualaikum semua, terima kasih kerana sudi singgah di blog saya yang tidak sepertinya ini, maklumlah baru belajar. Video ini adalah sambungan dari video yang lalu. Tujuan saya cuma untuk mengabadikannya supaya video ini akan dilihat oleh
Tuesday, March 10, 2015
DALAM KENANGAN
DALAM KENANGAN
Ketika di tengah malam
yang sunyi, aku suka mengingati peristiwa lama yang menjadi kenangan sepanjang
hayat. Dalam aku asyik melamun sendirian, aku teringatkan peristiwa kenduri
kendara yang pernah aku buat iaitu kenduri perkahwinan
anak permpuan aku yang
ke dua dalam tahun 2007 kalau tak silap aku.
Aku mencari DVD yang
aku simpan, rasanya aku ada menyimpan DVD itu, tapi entah di mana aku
menyimpannya. Aku mencari dalam fail tapi tidak ada di situ, mungkin dalam
almari tempat aku menyimpan segala DVD fail dan CD foto tapi tidak juga berjumpa. Aku duduk semula di
kerusi sambil mengingatinya.
10 minit kemudian aku
mencari lagi, kali ini aku mencari di rak buku-buku lama, satu persatu aku
membelik buku-buku lama yang telah berdebu dan berserawang. Sudah agak lama
juga aku tidak membaca. Aku menepok-nepok buku itu untuk membuang habuk dan
debu. Puluhan buku yang ada di atas rak itu aku selongkar satu persatu dengan
harapan akan menemui DVD yang pernah aku simpan.
Sayang seribu kali
sayang, aku tidak juga menemuinya. Entah di mana aku menyimpan hingga sukar
untuk menemuinya. Aku kembali semula duduk di kerusi dengan perasaan hampa dan
kecewa. Aku yakin DVD itu ada
tersimpan.
Aku bangun dari kerusi
menuju ke ruang dapur untuk membuat Nescafe, mungkin aku perlukan sedikit
ketenangan dan mungkin akan tenang jiwa aku selepas minum kopi, Sambil mengisi air
ke dalam cerek bising, aku cuba mengingati semula di mana tempatnya aku
menyimpan DVD itu.
Cerek yang berisi air
dah berbunyi sebab aku isi air cuma sedikit sahaja untuk cepat masak. Setelah
menutup api dapur, aku mencapai cawan besar Dan sudu. Gula dan Nescafe di
masukkan ke dalam cawan, sedikit air panas yang aku perlukan. Setelah dikacau,
aku masukkan sedikit air masak sejuk supaya Nescafe boleh diminum segera.
Aku membawa minuman itu
ke ruang tamu Dan duduk semula di kerusi. Fikiran aku tertumpu di mana DVD
kenduri itu. Tiba aku terpandang folder merah yang sudah koyak di bawah meja
kecil. Folder yang sudah lama tidak terusik, berabuk kerana sudah lama tidak
diperdulikan. Aku buka dengan perlahan namun habuk tetap berterbangan. Entah
berapa kali aku terbersin.
Rupanya di sini
duduknya DVD kenduri itu. Lapang rasanya dada aku. Lantas aku masukkan dalam
computer. Masih elok lagi Dan berfungsi dengan baik. Sambil menghirup Nescafe,
aku melihat video itu. Terlihatlah aksi orang ramai dengan tugas masing-masing.
Tiba-tiba aku rasa
hiba, air mata mula mengalir ke pipi dan pandangan ku kian kabur kerana air
mata semakin banyak keluar. Aku mencapai tisu untuk menyapu air mata ku. Aku
terasa sedih bila melihat rakan-rakan ku yang telah tiada tapi gelagatnya masih
ku lihat di video itu.
Kini aku abadikan video
itu untuk tontonan bersama dan dapat mengenang semula jasa dan budi baik mereka.
Kepada rakan-rakan yang sudi menyempunakan kenduri hingga selesai, aku ucapkan
ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Allah jua yang akan membalas budi
baik kalian.
Kepada yang telah
kembali menemui Ilahi ku titipkan doa buat mu, semoga rohnya ditempatkan
bersama-sama orang yang beriman dan mendapat perlindungan Ilahi. Amin.
Al-Fathihah.
1.
Anda tidak perlu
menjadi cantik semata-mata untuk disayangi kerana kehebatan anda di ranjang
akan menjadikan anda sentiasa 'dirindui' suami anda??? Dapat ebook di sini.
Saturday, March 7, 2015
TIP PERNIAGAAN
BAGAIMANA UNTUK MEMPERKENALKAN PRODUK ANDA
Salam Sejahtera.
Untuk menjual sesuatu, anda perlu
memperkenalkan produk jualan anda. Tetapi, bagaimana untuk memperkenalkan
produk jualan anda supaya boleh mempengaruhi atau sekurang-kurangnya membuat
produk kita tidak janggal di mata pelanggan. Contoh biasa yang kita gunakan
untuk menjual sebuah kotak tisu.
"Kotak
tisu ini diperbuat daripada bahan yang bagus, kotak tisu ini diimport dari
Negara luar”
“Jadi apa masalahnya?” – Tanya pelanggan
anda dalam mindanya.
Adakah anda terpengaruh untuk membelinya? Mungkin
ya, mungkin juga tidak. Tetapi sebaliknya jika anda bercakap begini…
“Cuba
puan bayangkan jika kotak tisu ini diletakkan di atas meja makan rumah puan,
sudah tentu ianya Nampak sangat cantik. Kawan-kawan puan pasti akan memuji
kecantikkan kotak tisu ini dan saya pasti suami puan akan terkejut dengan harga
murah yang puan dapat dengan membeli kotak tisu secantik ini”
“wah, best gak niee…” – kata pelanggan
anda dalam mindanya.
Ini mungkin lebih baik….
Otak manusia akan mengklasifikasikan
sesuatu mengikut kebahagiaan dan kesakitan (pleasure and pain). Lebih banyak
pelanggan tahu tentang kebahagiaan yang akan diperolehi, lebih tertarik
pelanggan itu untuk membelia produk anda.
Oleh yang demikian, kurangkan bercakap
mengenai asal usul produk tersebut, fokuskan kepada apa menfaat yang bakal
diberikan oleh barangan yang kita jual. Dengan kaedah ini, anda akan dapat 3
perkara
1. Anda
akn meningkatkan nilai jenama barangan anda.
2. Anda
akan meningkatkan promosi mulut ke mulut oleh pelanggan.
3. Pelanggan
yang sama akan berulang ke kedai anda.
jika anda ingin memulakan perniagaan tapi
tidak tahu bagaimana untuk memulakannya? Jangan risau. Anda boleh mengikuti
kursus mudah dalam e-book ini. Klik Di sini.
Thursday, March 5, 2015
MOTIVASI
MAHU
JADI KAYA?
PENDAHULUAN
Mahu
jadi kaya? Ayat itu merupakan satu ungkapan keramat yang membuat semua orang
menjadi gerun. Terutama mereka yang berumur 20 tahun ke atas. Atau mereka yang
telah bekerja. Semua orang berlumba-lumba untuk mengumpul wang agar suatu hari
nanti mereka boleh menjadi kaya. Mempunyai kenderaan, rumah dan wang simpanan
yang mencukupi. Cita-cita yang menjadi sasaran setiap orang dalam dunia ini.
Namun berapa kerat sangatkah daripada kita yang menjadi
kaya sebenar-benarnya. Cuba lihat disekeliling kita. Kira berapa ramaikah
mereka.
Mungkin dalam satu kampong atau kawasan kita tinggal, hanya ada 3 atau
4 orang sahaja yang kita anggap kaya. Mereka kaya kerana apa? Adakah harta
peninggalan? Perniagaan mereka menjadi? Memiliki rumah besar dan kereta mewah?
Biasanya kita menganggap individu yang mempunyai harta
adalah orang yang sebenar-benarnya kaya. Tapi pernahkah kita terfikir apakah
kekayaan yang mereka mililiki itu kaya yang sebenarnya? Pada pandangan saya
secara peribadi, kaya sebenarnya adalah kita hidup secara sederhana dan tidak
mempunyai sebarang hutang yang boleh dianggap tinggi dan kita mampu untuk
menangganinya.
Bila
kita melihat orang yang berharta, yang kita anggap orang itu kaya. Mereka
memiliki kereta mewah, sedangkan hutangnya masih banyak. Rumah yang besar,
hutangnya juga masih banyak. Sebenarnya mereka hanya kaya di mata orang yang
melihat sahaja. Sedangkan mereka sendiri terpaksa membanting tulang untuk
kelihatan kaya. Hari-hari yang mereka lalui amat sengsara sekali. Setiap hari
terpaksa memikirkan bagaimana untuk melangsaikan hutang.
Saya
harap anda faham dengan apa yang ingin saya sampaikan. Saya ingin supaya anda
boleh mendalami erti kekayaan yang sebenar-benarnya lebih dahulu sebelum saya
pergi lebih jauh lagi dengan berkongsi rahsia bagaimana untuk menjadi kaya yang
sebenarnya. Ringkasnya, kaya adalah bebas dari masalah hutang piutang yang
boleh membelenggu pemikiran kita untuk menjalani kehidupan seharian.
Saya
faham, kalau ada orang mengatakan kita kenalah berhutang kerana ingin memiliki
barang keperluan seperti kereta, rumah dan peralatan perabut dan sebagainya.
Ya, itu ada benarnya. Jika anda rasakan itu satu keperluan maka anda perlu
merancang perbelanjaan dan mengambil langkah berjimat cermat. Biarlah keperluan
itu berpadanan dengan pendapatan. Jika anda ingin membeli kereta janganlah
terlalu mengikut nafsu sehingga kereta yang tak mampu bayar bulanan. Down
payment mampu bayar, tapi bulanannya sehingga 9 tahun yang perlu anda tanggung.
Baiklah,
bagaimana untuk menjadi kaya? Dibawah ini saya terangkan cara-cara yang saya
gunakan selama ini. Ini adalah dari pengalaman saya dan pengalaman orang lain
yang saya gabungkan untuk dikongsi bersama dan boleh dijadikan sebagai panduan. KLIK DI SINI
Subscribe to:
Posts (Atom)