Tuesday, July 28, 2015

Ayah Dan Ibu.

Ayah dan ibu tercinta.
Dari mu aku bermula, dapat melihat bulan, bintang, matahari, malam, siang dan alam semesta raya. Darinya juga aku dapat menikmati makanan dan minuman kegemaran. Kerana cintanya aku dapat berjalan selangkah demi selangkah pada permulaannya. Kerana kesabarannya aku membesar dengan perlahan hingga aku dewasa. Dengan ketenangannya juga ia menberi aku pilihan memilih pasangan untuk meneruskan hidup bagi menyambung keturunan dan

Tuesday, July 21, 2015

Hikmah Doa Dari Anak.

Dari kisah seorang wali Allah.
Mimpi seorang wali di tanah perkuburan, wali itu ternampak ahli-ahli kubur sedang mengais-ngais rumput seperti sedang mencari sesuatu. Tiba-tiba wali itu terlihat seorang ahli kubur yang sedang duduk berehat diatas kuburnya sendiri. Wali itu ingin bertanya kepada orang tua itu.
Wali:   "Pakcik, kenapa
pakcik tak mencari seperti mereka? Saya lihat dari tadi pakcik cuma duduk di kubur pakcik dengan tenang saja? Sedangkan ahli kubur yang lain mencari-cari sambil mengais-ngais rumput dan berebut-rebut sesama mereka?".
Orang tua:   "Jika kamu ingin tahu jawapannya, esok kamu pergi ke pasar dan cari orang muda yang menjual daging. Penjual daging itu ialah saudara aku sendiri".
Wali itu tersedar dari mimpinya. Keesokkan harinya wali itu pergi ke pasar dan mencari-cari pemuda seperti yang disebut oleh orang tua dalam mimpinya itu. Setelah meninjau-ninjau maka wali itu terlihat seorang pemuda sedang sibuk menjual daging jualannya. Wali itu hanya memerhatikan pemuda itu dari jauh.
Setelah selesai menjual daging jualannya, pemuda itu menyambung semula membaca qur'an. Wali itu terkujut melihat gelagat pemuda itu lalu terlintas dihatinya ingin bertanya pemuda itu.
Wali:   "Assalammualaikum orang muda, saya ingin bertanya sesuatu".
Pemuda:   "Waalaikumsalam, ye boleh. Apakah yang ingin tuan tanyakan?".
Wali:    "Kamu ada seorang ahli kerabat di kubur kampung ini?".
Pemuda:   "Ye ada, itu adalah bapaku".
Wali:   "Aku melihat bapa kamu dalam mimpi aku. Dia tenang disana. Apa yang kamu lakukan untuk bapa kamu?".
Pemuda:   "Aku sentiasa membaca Al Qur'an dan aku berdoa kepada Allah. Jika bacaan aku diberi pahala, aku sedekahkan kepada bapaku".
Wali:   "Kenapa ahli yang lain mengais-ngais rumput disitu?".
Jawapannya:   Mereka sedang mencari-cari tempias doa yang didoakan oleh orang ramai dengan lafaz; "Alimasa yihina jami'il musliminawal muslimat wal mukmininawal mukminat". Manakala orang tua yang duduk dengan tenang itu telah mendapat doa khusus dari anaknya.
Pesanan:   Perbanyakkan berdoa untuk kedua ibu bapa kita, saudara mara kita untuk kesenangan mereka di alam barzakh. Doa seorang anak untuk ibu bapanya akan terus sampai kepada ibu bapanya, terutamanya anak lelaki yang mana syurganya dibawah telapak kaki ibunya. Waullah hu alam bissawap.